fbpx

MENGAPA KERJAYA PERUNDING HARTANAH INI SANGAT MENARIK?

Tahukah anda bahawa permintaan kerjaya perunding hartanah mendapat permintaan yang tinggi setiap masa dan sangat berbaloi… Kenapa?

Kerjaya hartanah ini sesuai dalam pelbagai suasana keadaan ekonomi. Di kala ekonomi sedang pesat naik, maka akan ramailah pembeli dan pelabur yang akan muncul mencari “deal” yang sesuai dengan kapasiti kewangan mereka. Di waktu ekonomi sedang meleset, menjual rumah untuk dapatkan “cash” akan menjadi salah satu pilihan utama samada untuk selamatkan perniagaan, memenuhi keperluan hidup dan pelbagai objektif lain lagi.

Seorang perunding hartanah profesional akan menyediakan perkhidmatannya untuk membantu pembeli dan penjual dalam pelbagai keadaan dan lanskap ekonomi.

Semuanya bergantung kepada kreativiti perunding hartanah tersebut untuk sesuaikan kemahirannya mengikut keadaan semasa. Seni perundingan, pemasaran dan jualan akan berubah untuk memenuhi objektif “client” pada ketika itu.

Disini saya senaraikan beberapa kelebihan menjadi perunding hartanah yang menjadi sebab ramai memilih kerjaya ini:

1. WAKTU DAN JADUAL YANG “FLEKSIBEL”

Anda boleh merancang masa atau waktu kerja anda tanpa ada ikatan dengan komitmen “waktu pejabat”. Biasanya tuan rumah dan pembeli rumah bekerja mengikut waktu pejabat. Jadi, mereka akan melihat rumah pada sebelah malam ataupun pada hujung minggu.

Komitmen anda kepada keluarga, urusan peribadi dan perniagaan sebagai perunding hartanah dapat disusun mengikut kesesuaian. Ini tidak bermaksud masa bekerja anda menjadi semakin kurang, dan anda boleh duk rilek je tunggu duit masuk, tetapi ia bermakna anda boleh susun semua komitmen seharian mengikut keutamaan.

Jadual seorang perunding hartanah amat berbeza sekali dengan mereka yang bekerja pejabat. Pada siang hari, di kala orang sibuk bekerja, seorang perunding akan melakukan komitmen individunya seperti urus anak sekolah, bantu ibu atau ayahnya ke hospital untuk menerima rawatan, hadiri kelas ilmiah tambah ilmu dunia dan akhirat, menguruskan pemasaran “listing” dan “update” fail yang dalam proses jualan dan sebagainya. Pada waktu hujung minggu pula, mereka akan ligat bekerja untuk bawa “client” pergi tengok rumah. Kalau hujung minggu tu takde “appointment” untuk tengok rumah atau jumpa “client”, maka akan jadi tak senang duduklah perunding hartanah tersebut. Ini kerana ia berkait rapat dengan hasil pendapatan untuk bulan itu.

2. BOLEH MEMBINA PENDAPATAN MINIMUM RM10K SEBULAN.

Bidang ini menyajikan potensi pendapatan yang tiada sempadan sehingga ada yang mampu menjana pendapatan purata minimum RM10k sebulan. Dengan komitmen dan displin yang betul, ini bukan satu perkara yang mustahil. Kiraan normal komishen ialah 3% dari hasil jualan sesebuah rumah. Tidak dapat dinafikan, ada situasi yang pemilik berunding dengan perunding hartanah untuk kurangkan ke 2%. Ini semua subjektif kepada kemahiran perundingan oleh perunding hartanah tersebut dengan pemilik. Biasanya jika berjaya menunjukkan berjaya melakukan perkhidmatan kerja yang terbaik, pemilik takde masalah pun nak setuju bagi komishen 3%

Sebagai contoh jika seorang perunding hartanah berjaya menjual rumah berharga RM300k (yang mana terlalu banyak dalam lembah klang ini) maka komisen adalah sebanyak RM9,000. Itu baru sebiji rumah. Kalau dua dah jadi RM 18,000. Jika berjaya jual tiga dan seterusnya? Atau ada rezeki dapat jual harga property tersebut RM500k ke atas? Banyak kan?
Namun, jangan salah sangka, bukan semua perunding hartanah berjaya konsisten dalam pendapatannya dimana boleh berlaku juga sebaliknya (malah ada yang tak jana pendapatan langsung). Semuanya bergantung kepada motivasi dan “speed” bekerja kita. Jangan risau, dengan berdaftar dengan agensi yang betul, sokongan dari sudut motivasi, skill dan ilmu akan sentiasa disediakan.

Penentu utama kejayaan anda dalam bidang ini ialah, dengan izin Allah, digandingkan dengan usaha, komitmen, kesungguhan dan semangat yang konsisten, kejayaan sentiasa akan menjelma.

Menarik kan? Buat lebih dapat lebih dengan izinnya.

3. KURANG TEKANAN KERJA

Kita bebas menyusun jadual kerja ikut kesesuaian yang kita mampu lakukan. Hasil dirasai setimpak dengan bebanan usaha yang dilaburkan. Tiada siapa yang akan beri arahan kepada anda dan tak perlu bimbang untuk kejar sebarang “due date” untuk hantar “report” dan sebagainya.

Semuanya atas diri anda sendiri. Tekanan kerja / komitmen dirasai setiap kali seorang perunding hartanah itu mula komited dengan tugasnya. Bila dah mula dapat lantikan untuk jual / sewa rumah, bermulalah kesungguhan untuk melakukanya supaya menjadi hasil.

Tekanan ini penting untuk memastikan yang kita sentiasa peka dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dan mengerakkan “speed” bekerja kita. Bimbang jika tanpa tekanan langsung, kita akan jadi terlampau rileks sedangkan tiada pendapatan terhasil pada bulan tersebut.

4. PELUANG PELABURAN HARTANAH

Perkara ini memang menjadikan keindahan yang terlalu besar dinikmati oleh perunding hartanah. “Deal” yang menarik yang dahulunya sering kedengaran sahaja orang lain dapat dan buat duit yang banyak darinya. Unit-unit projek baru pemaju yang “best-best” selalu orang lain ambil dulu. Bila kita sampai kat show gallery pemaju, habis dah jual katanya.

Menjadi perunding hartanah ini, kita ini diibaratkan “frontliners” yang sering bertemu dengan pemilik, pemaju, pembeli, pelabur dan sebagainya. Dalam kita baru nak uruskan “listing” yang baru nak jual, jika bernasib baik, akan bertemu dengan pemilik yang ingin jual murah dan dalam kadar segera. Murah pulak tu kadang sampai 20% ke 30% bawah harga pasaran. Jadi apa lagi, tak sempat nak iklankan, kita sendiri yang beli. Silap-silap tak sampai setahun jual balik dah buat untung sehingga RM 30k ke RM 40k. 

Tidak kurang juga peluang nak dapat unit dan harga yang “handsome” dari pemaju. Oleh kerana agensi kita dapat lantikan untuk jualkan projek pemaju tersebut, biasanya kita akan analisa dahulu potensi dan unit yang ada pada projek tersebut. Silap-silap tak sempat habis jual, perunding hartanah dikalangan agensi tersebut yang pakat beli dulu.

5. PELUANG KERJAYA MEMILIKI AGENSI HARTANAH SENDIRI

Selepas beberapa tahun melalui warna warni menjadi perunding hartanah, mungkin satu peringkat anda rasakan yang anda nak naik ke tangga karier seterusnya sehingga memiliki agensi hartanah sendiri.

Anda bercita-cita dan mempunyai impian untuk memiliki agensi hartanah anda sendiri satu hari nanti. Menjadi majikan yang membuka peluang kerjaya kepada ramai insan lain untuk menceburi bidang ini. Anda berimpian juga menjadi insan yang bermanfaat dengan membantu orang lain juga membina kehidupan yang lebih baik. Maka peluang ini ada. Anda perlu melalui fasa membina agensi hartanah sendiri selama lebih kurang 5 tahun. Nanti saya akan terangkan dalam artikel membina agensi hartanah anda sendiri.

Leave a Comment

Assalamualaikum