fbpx

KENAPA PERUNDING HARTANAH WAJIB BERDAFTAR SEBELUM BOLEH MENGURUSKAN JUAL BELI?

Bidang kerjaya perunding hartanah ini adalah satu bidang yang profesional. Ianya dikawal selia dan dipantau oleh sebuah badan profesional yang dikenali sebagai Lembaga Penilai Penaksir Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEPH)

Setiap agensi yang sah berdaftar akan mempunyai no agensi (E) mereka sendiri dan boleh mengambil 50 orang perunding hartanah pada satu masa bagi setiap lesen “Principal” agensi tersebut. Setiap agensi diwajibkan mempunyai 2 jenis akaun dengan bank. 1 akaun untuk urusan transaksi perniagaan harian. 1 akaun lagi yang wajib ada dikenali sebagai akaun amanah pemegang wang taruhan atau “stakeholders account”.

Setiap perunding hartanah yang berjaya mendapatkan bayaran “earnest deposit” dari “client” wajib depositkan wang tersebut ke dalam “stakeholders account”. Hanya agensi hartanah yang berdaftar sahaja akan mempunyai akaun ini. Adalah menjadi salah satu kesalahan besar sekiranya anda menerima deposit dari pembeli dan memasukkan ke akaun syarikat yang tidak berdaftar dan apatah lagi ke akaun “personal” anda sendiri.

Apabila anda berdaftar sebagai seorang perunding hartanah profesional dan bernaung dibawah agensi yang berdaftar dengan LPPEH, anda boleh pastikan yang wang bayaran “earnest deposit” “client” anda selamat didalam “stakeholders account”. Sekiranya urusan jual beli berlangsung dengan jayanya, anda boleh tuntut komishen dari wang tersebut dari agensi pada kadar komisyen yang dipersetujui oleh pemilik.

Leave a Comment

Assalamualaikum