fbpx

BAGAIMANA INGIN BERMULA MENJADI SEORANG PERUNDING HARTANAH?

 

Baik, saya akan terangkan bagaimana anda sebagai seorang yang “totally zero” dalam bidang hartanah dan bidang perundingan ingin memulakan langkah dalam kerjaya ini.

Sebelum itu, pesan utama saya ialah, tanya betul-betul jauh dalam diri anda.

Betul ke berminat nak buat kerjaya ini?

Betul dan boleh setuju, memang bidang ini menjanjikan peluang pendapatan yang lumayan, namun sudahkah ke kita faham komitmen dan beban tugas yang terlibat.

Terlalu ramai perunding hartanah baru yang saya jumpa tapi tak bertahan lama dalam bidang ini.

Mereka sangat teruja dengan kemampuan pendapatan yang boleh dibina, tapi tidak ambil kira gandingan pakej displin dan komitmen yang mereka perlu berikan.

Jadi akhirnya, ramai yang hanyut dalam keadaan belum sempat bermula pun.

Siapa lagi paling kenal tentang diri kita kalau bukan kita sendiri. Adakah karektar dan “attitude” kita sesuai dengan bidang ini? Jadi kalau semua soalan awal ini dah terjawab dan anda bersedia untuk menyelami,

baik suka saya terangkan proses yang perlu anda lalui.

 

1. SURVEY AGENSI HARTANAH ANDA DAN HUBUNGI MEREKA

Pilih agensi yang berdaftar dengan Lembaga Penilai Penaksir Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEHPH).

Anda boleh semak samada agensi tersebut berdaftar atau tidak dengan LPPEHPH. Kadang berlaku, ada syarikat enterprise atau sdn bhd biasa yang tidak berdaftar dan buka agensi hartanah.

Klik Link ini untuk semakkan online : SEMAK

Pilih lokasi agensi yang berhampiran dengan kediaman anda bagi memudahkan urusan anda dengan agensi tersebut. Urusan dari segi nak buat tuntuan komishen, keperluan untuk hadir ke “meeting” dan “training” yang disediakan oleh agensi.

Pilih agensi yang sediakan kursus, latihan dan sokongan berterusan kepada perunding hartanah (REN) mereka secara berterusan. Bidang ini melibatkan perlunya ada pengetahuan hartanah dan “support” yang tinggi berterusan dari agensi untuk membantu membina kejayaan seorang perunding hartanah.

Pastikan agensi tersebut menyedikan “ren tag” untuk anda. Maksud disini ialah, apabila anda dah hadir kursus NCC dan nak daftar dengan LPPEHPH, pastikan agensi anda pilih itu ada menyediakan slot untuk dapatkan “ren tag” anda. Tanyakan dengan agensi tersebut, jika anda sertai, ada sediakan “ren tag” atau tidak.

 

2. HADIRI KURSUS “NEGOTIATOR CERTIFICATION COURSE (NCC)”

Kursus ini wajib dihadiri oleh individu yang ingin menjadi perunding hartanah / Real Estate Negotiator (REN). Kursus ini dijalankan selama 2 hari dengan kos RM 600.

Diakhir kursus ini, peserta akan peroleh Sijil NCC yang akan digunakan oleh agensi untuk mendaftar dengan LPPEHPH untuk dapatkan No REN dan “ren tag” anda.

Kursus ini menyediakan modul asas dari sudut ilmu, kemahiran perundingan, dan pengetahuan semasa dalam bidang hartanah yang perlu anda ketahui sebelum memulakan langkah dalam kerjaya ini.

Dengan pengetahuan yang anda pelajari selama 2 hari ini bakal membuatkan anda lebih yakin untuk melayari kerjaya ini dengan kemas dan baik.

Terdapat beberapa operator kursus yang dibenarkan oleh LPPEHPH untuk menjalankan kursus NCC ini.

Salah satu yang popular menjadi pilihan ramai ialah NCC yang dianjurkan oleh Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM)

PEHAM menyediakan kombinasi “speakers” yang berpengalaman dalam industri sebagai perunding hartanah dan mereka yang dah pun mencapai kemuncak kerjaya mereka dengan memiliki agensi hartanah sendiri.

Dengan menghadiri NCC bersama PEHAM, anda akan berpeluang pelajari dari “industry experts” dan boleh bertanyakan pelbagai soalan secara “live” dengan mereka untuk kemaskan pengetahuan asas anda.

Klik Link ini untuk melihat jadual NCC :  JADUAL

 

3. DAFTAR DENGAN LPPEPH, DAPATKAN “REN NO” DAN “REN TAG”

Sijil NCC yang anda peroleh itu, serahkan kepada agensi untuk uruskan pendaftaran dengan LPPEHPH. Disertakan dengan surat tawaran perunding hartanah dan gambar anda.

Dalam  masa 2 hingga 3 hari selepas itu akan dapat “Ren No” anda.

“Ren Tag” akan ambil masa sedikit untuk LPPEHPH sediakan.

Namun jangan bimbang, anda dah boleh mula beraksi sebagai seorang perunding hartanah tanpa ada “Ren Tag” lagi kerana anda sudah pun berdaftar dengan LPPEHPH dan punyai “Ren No” anda sendiri

Leave a Comment

Assalamualaikum